Pertama sekali, Audacity merupakan editor audio digital yang percuma yang dapat digunakan untuk membuat pelbagai pengeditan audio seperti membuat ringtone,mengedit lagu dan suara serta merakam suara.
Pertama sekali, anda perlulah menginstal Perisian Audacity dan Lame MP3. Caranya ialah melalui alamat website http://audacity.sourceforge.net. Setelah memuat turun,satu pop menu akan keluar untuk disimpan kemudian tekan OK. Pada paparan window akan keluar fail download. Klik Run. Ikut arahan seterusnya betul-betul sehingga tamat proses Installation.
Langkah 1: Bukan applikasi Audacity yang telah anda install tadi.:
Langkah 2 : Untuk memasukkan lagu, pergi ke menu file,pilih import dan klik pada Audio. Setelah itu, anda akan diminta untuk memilih lagu kegemaran untuk anda masukkan dan edit didalam applikasi tersebut. Pilih lagu dan klik ok.
Langkah 3 : Setelah lagu yang dipilih dimasukkan, bagi menambah kesan kepada lagu tersebut,Anda perlulah menetak Effect di bahagian atas applikasi tersebut. Bagi menghilangkan vocal pada sesuatu lagu contohnya,anda dikehendaki pilih menu EFFECT dibahagian atas dan klikpada Vocal Remover. Selepas ini anda akan dikehendaki memilih beberapa tetapan dan klik OK.
Langkah 4 : Setelah Vocal dari lagu tersebut dikeluarkan,maka jadilah lagu tersebut seperti minus one yang tiada vocal. Untuk memasukkan suara anda sebagai pengganti,klik pada butang record yang berbentuk bulat yang berwarna merah pekat dan mula rakam suara anda dengan menggunakan microfon sambil lagu yang tanpa suara terbabit dimainkan.
Langkah 5: Setelah selesai rakaman;bagi menyimpan rakaman tersebut,tekan file ,pilih save project as .Walaubagaimanapun,ia masih lagi bukan dalam format mp3.Untuk menukarnya kepada format mp3,tekan file dan pilih export audio dan pilih projek anda tadi untuk ditukarkan kepada mp3.Setelah itu,file anda akan bertukar kepada format mp3.
Berikut merupakan projek yang saya telah siapkan dimana saya telah merakamkan suara kedalam sebuah lagu nasyid...Soryy eh pasal suara yang out.hehehehe