Untuk menggunakan Applikasi ini, kita terlebih dahulu perlu Download applikasi tersebut di laman web. Setelah memuat turun aplikasi tersebut anda perlu klik dua kali pada aplikasi yang telah anda download, run dan install mengikut arahan yang diberikan.Setelah siap install, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan mulalah anda meneroka apa yang ada.
Berikut merupakan langkah menggunakan Windows Movie Maker berdasarkan tugasan MTE 3012 yang telah diberikan iaitu memperkenalkan tempat tinggal kita.
Langkah 1: Setelah anda membuka aplikasi Windows Movie Maker, anda perlu klik pada Show Storyboard untuk memudahkan lagi penggunaan aplikasi ini. Namun masih terdapat cara lain untuk menggunakannya.Namun saya ingin menceritakan cara saya melakukannya dengan cara sendiri.
Langkah 2: Untuk memasukkan gambar kedalam aplikasi ini,anda perlu klik pada Import Pictures pada bahgian atas sebelah kiri anda. Setelah itu,pilihlah mana gambar yang ingin anda masukkan. Setelah gambar2 tadi dimasukkan, highlight gambar tersebut dan seret(drag) pada bar Video yang berada dibawah storyboard.
Langkah 3: Setelah masukkan gambar, seterusnya ialah langkah - langkah untuk memasukkan lagu atau musik yang diinginkan. Klik pada import audio atau musik pada sebelah atas kiri aplikasi anda. Setelah lagu dimasukkan, seret lagu tersebut ke bahagian audio/musik. Selain itu, anda juga dapat mengedit lagu yang dimasukkan seperti untuk memotong mana2 bahagian lagu yang tidak diperlukan atau mengeditnya mengikut kesesuaian dengan gambar yng telah anda masukkan tadi.
Langkah 4 : Seterusnya ialah bagaimana cara untuk memasukkan video kedalam aplikasi ini. Pertama sekali ,video yang ingin anda masukkan perlulah ditukar kepada format *wmv . Anda boleh menggunakan aplikasi tambahan untuk menukar format video tersebut seperti aplikasi Any Video Converter. Setelah video dimasukkan, anda turut perlu klik pada video tersebut dan letakkannya pad bahagian video yang terleletak dibawah story board.
Langkah 5 : Jika anda perhatikan terdapat ruang kekosongan diantara gambar2 yang telah dimasukkan dalam storyboard. Anda dapat memasukkan kesan khas untuk pergerakan dari gambar ke gambar atau dari gambar ke video agar persembahan anda nanti kelihatan lebih menarik. Anda juga boleh menambah kesan kepada gambar yang dimasukkan dengan menekan pada Edit Movie dan klik pada view videos effect dan view videos transitions. Pilihlah mana2 kesan yang anda sukai.
Langkah 6 : Seterusnya ialah cara untuk anda memasukkan tajuk kepada persembahan anda iaitu memasukkan apa-apa perkataan diawal dan diakhir atau semasa persembahan movie maker anda dijalankan. Caranya ialah dengan menekan edit movie dan pilih make titles or credit dan pilih dibahagian mana yang ingin anda masukkan perkataan sama ada bahagian permulaan,semasa dan s diakhir persembahan anda. Setelah itu,masukkan perkataan yang diinginkan dan tekan butang Done.
Langkah 7 : Setelah segala kaedah yang telah diterangkan dilakukan, seterusnya ialah bagaimana cara untuk menyimpan persembahan Windows movie maker anda. Klik pada Finish Movie dan pilih save to my computer dan anda pula akan dikehendaki memilih kualiti yang dinginkan. Setelah itu, tekan butang next dan hasil projek anda akan disave dalam masa beberapa minit yang bergantung kepada saiz projek yang anda telah buat.
Berikut merupakan tugasan MTE 3012 yang telah saya siapkan yang berkisahkan tempat tinggal kita. Bolehlah anda menyaksikan apa yang telah saya buat dengan menggunakan aplikasi Windows Movie Maker.Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat bersama.Copy link tersebut dan buka tu tab baru(new tab)...Semoga terhibur.Sekian Terima kasih.
https://drive.google.com/file/d/0B7ofzFCUMP1aT2tsYk1hSDBnRUU/view?usp=sharing
No comments:
Post a Comment