LANGKAH 1 : Buka aplikasi microsoft excel anda.Masukkan butiran seperti tajuk,bilangan,nama pelajar,markah dan gred.Bagi menjadikan tulisan anda contohnya tajuk berada ditengah-tengah jadual ,tekan mana2 kotak dan heretkan ke kotak yang anda mahu dan tekan MERGE & CENTER.
LANGKAH 2 : Masukkan nama2 pelajar,nilai2 dan butiran yang anda inginkan.Untuk mengelakkan kesalahan,(Validation),klik Menu Bar ,Klik Data dan klik pula data validation.Pada allow pilih whole number.Pada Data pilih less than or equal to dan taip 100 jika julat markah kita 0 hingga 100.Tekan Ok.
LANGKAH 3 : Langkah berikutnya ialah untuk anda menanbah sejumlah data dengan menggunakan butang AutoSum. Klik pada butang yang anda ingin berlakunya AutoSum.Selepas itu,klik pada kotak nilai yang anda ingin tambah dan tekan dan tarik serentak hingga ke seluruh bahagian kotak yang ingin anda tambah jumlahnya.Jika anda ingin nilai tersebut di bahagi,anda perlu memasukkan simbol "/" dan jika anda ingin nilai tersebut didarab,tambah simbol"*" dan seterusnya tekan enter.
LANGKAH 4 : Bagi memudahkan kerja anda,untuk mengira juga nilai dibawah kotak yang telah anda AutoSum,anda perlu tekan pada kotak tersebut dan tekan tarik hingga kekotak yang diinginkan.Setelah itu, tekan enter.Secara automatik nilai pengiraan yang pertama anda turut berlaku kepada kotak-kotak lain.
LANGKAH 5 : Lakukan cara sama untuk mengira peratusan dari ujian yang dijalankan pelajar dengan cara yang sama tadi iaitu pengiraan untuk 20%,30% dan 50%.Anda cuma perlu menekan AutoSum dan pilih nilai-nilai yang ingin ditambah
LANGKAH 6 : Bagi mengira jumlah pula,anda perlu menggunakan AutoSum dan masukkan bacaan bagi kotak(column) yang menunjukkan bacaan 20% Dari Ujian,30 Dari P.Pertengahan dan 50% Dari P.Akhir sebagai contohnya =sum(I5,L5,O5) dan tekan enter.Nilai bagi JUMLAH akan terpepar dan seterusnya tekan pada nilai tersebut dan tarik sehingga keColumn terakhir.
LANGKAH 7 : Berikut pula merupakan langkah untuk membuat helaian kerja Markah dan Gred.Bina helaian Gred.Pastikan nilai yang disusun bermula dari nilai kecil ke nilai yang lebih besar.Selepas itu,tekan butang Formulas,dan tekan insert function dan pada or selesct a category pilih Lookup & Reference.Pada kotak select a function pilih VLOOKUP.
LANGKAH 8 : Pada LOOKUP-VALUE,Klik pada kotak markah yang hendak diberi gred.Klik pada TABLE-ARRAY,pilih helaian GRED dan highlightkan pada sel B5:C15 iaitu pada jadual skala gred.Untuk menetapkan bahawa kita merujuk julat ini sahaja,anda perlu menambah simbol $ seperti B$5:C$15..Pada COL_INDEX_NUM anda perlu taipkan 2 iaitu bermakna ruang atau nilai yang hendak dikembalikan kepada lajur nanti contohnya "A".Pada RANGE_LOOKUP,taipkan TRUE. Seterusnya,anda perlu pilih dimana gred tersebut ingin diisi iaitu di helaian markah pelajar tadi.
Selamat mencuba diucapkan
"Sukar tidak bermakna Mustahil"
berikut adalah link TUGASAN EXCEL SAYA : https://drive.google.com/file/d/0B7ofzFCUMP1aeW1xOEtsb1BjekU/view?usp=sharing
No comments:
Post a Comment