Friday, 23 October 2015

Cara Mudah Menggunakan Power Point.

Assalamualaikum,First jika anda diberi tugasan dengan menggunakan power point, jangan gelabah.Kaedah ini sangat mudah dan menarik.Berikut adalah Tugasan yang perlu saya lakukan bagi subjek MTE3012 - Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Arahan TUGASAN 3:
  1. Anda dikehendaki menyediakan persembanhan pembentangan bertemakan 'Ini Kisah Saya', minimum 10 slides, isi dengan latarbelakang, biodata dan kisah keluarga, Wajib diserta satu video, gambar, button arahan dan animasi teks grafik,
  2. Persembahan mesti mempuyai unsur media dan mesti diupload langkah-langkah penyediaan slide di blog

Langkah-langkah Penyediaan POWERPOINT.:

Langkah 1: Pertama sekali buka perisian Power Point tidak kiralah 2007,2010 atau 2013.Klik pada butang new slides beberapa kali sehingga slides anda menjadi sepuluh slides yang diperlukan

Langkah 2: Pilih design dan wallpaper slides anda dengan menekan butang design.Pilih corak bersesuaian agar slide anda kelihatan menarik.

Langkah 3: Langkah berikutnya ialah untuk mengaktifkan hyperlink anda. Pertamanya,pilih bentuk yang sesuai untuk anda gunakan sebagai pautan untuk ke slides yang berikutnya agar lebih menarik.Tekan butang shape dan pilih yang bersesuaian.

Langkah 4: Bagi mengaktifkan hyperlink anda,tekan pada bentuk pilihan anda dan klik pada kanan kesa anda.Pilih place in the document dan linkkan dengan slide pilihan anda.

Langkah 5: Seterusnya,masukkan teks yang anda ingin masukkan dalam setiap slide anda sebagai tajuk dan subtajuk.

Langkah 6: Berikut adalah cara untuk memasukkan gambar didalam slide anda.Tekan butang insert
pictures dan pilih gamba-gamba pilihan anda dalam file yang anda kehendaki.


Langkah 7: Langkah seterusnya ialah cara untuk memasukkan audio ke dalam slide anda.Tekan insert audio dan pilih lagu atau musik kegemaran anda didalam fail yang dikehendaki.


Langkah 8: Bagi  memasukkan video pula,anda hanya perlu menekan insert video dan masukkan video yang anda mahu.Namu harus diberi perhatian hanya format video yang tertentu seperti wmv sahaja yang disokong oleh power point.

Langkah 9: design untuk butang play, pause dan stop dalam persembahan video nanti. Tambahan lagi, anda boleh meletakkan pelbagai jenis bentuk dalam design yang anda mahukan untuk membeza setiap butang yang ditunjukkan.Selepas itu,cuba tekan EDIT TEXT dan type 'PLAY', 'PAUSE' dan 'STOP' dalam design berkenaan. Seterusnya, click pada video dan click pada ANIMATION. Click pada ANIMATION PANE  dan ADD ANIMATION dan pilih PLAY, PAUSE DAN STOP buttons.

 Langkah 10: Bagi menjadikan slide anda kelihatan menarik,anda boleh menekan butang Transition dan turut menekan Animation untuk menjadikan slide anda dapat melakukan pelbagai kesan khas yang menarik.

Akhir sekali diharapkan agar setiap langkah yang diterangkan dalam blog ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan bagi perisian persembahan Powerpoint anda supaya anda akan lebih kreatif dan yakin dalam pembentangan yang anda jalankan. Semoga anda memperoleh manfaat dari perkongsian ini.














No comments:

Post a Comment