Thursday, 10 December 2015

Cara Menggunakan Aplikasi Windows Movie Maker

ASSALAMUALAIKUM dan semoga anda sihat2 selalu.Hari ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk menggunakan applikasi percuma iaitu windows movie maker. Windows movie maker ialah satu aplikasi yang digunakan untuk kita menghasilkan dan mengedit video untuk digunakan sebagai pembentangan, tanyangan  ,persembahan dan sebagainya.

Untuk menggunakan Applikasi ini, kita terlebih dahulu perlu Download applikasi tersebut di laman web. Setelah memuat turun aplikasi tersebut anda perlu klik dua kali pada aplikasi yang telah anda download, run dan install mengikut arahan yang diberikan.Setelah siap install, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan mulalah anda meneroka apa yang ada.

Berikut merupakan langkah menggunakan Windows Movie Maker berdasarkan tugasan MTE 3012 yang telah diberikan iaitu memperkenalkan tempat tinggal kita.

Langkah 1: Setelah anda membuka aplikasi Windows Movie Maker, anda perlu klik pada Show Storyboard untuk memudahkan lagi penggunaan aplikasi ini. Namun masih terdapat cara lain untuk menggunakannya.Namun saya ingin menceritakan cara saya melakukannya dengan cara sendiri.

Langkah 2: Untuk memasukkan gambar kedalam aplikasi ini,anda perlu klik pada Import Pictures pada bahgian atas sebelah kiri anda. Setelah itu,pilihlah mana gambar yang ingin anda masukkan. Setelah gambar2 tadi dimasukkan, highlight gambar tersebut dan seret(drag) pada bar Video yang berada dibawah storyboard.

Langkah 3: Setelah masukkan gambar, seterusnya ialah langkah - langkah untuk memasukkan lagu atau musik yang diinginkan. Klik pada import audio atau musik pada sebelah atas kiri aplikasi anda. Setelah lagu dimasukkan, seret lagu tersebut ke bahagian audio/musik. Selain itu, anda juga dapat mengedit lagu yang dimasukkan seperti untuk memotong mana2 bahagian lagu yang tidak diperlukan atau mengeditnya mengikut kesesuaian dengan gambar yng telah anda masukkan tadi.

Langkah 4 : Seterusnya ialah bagaimana cara untuk memasukkan video kedalam aplikasi ini. Pertama sekali ,video yang ingin anda masukkan perlulah ditukar kepada format *wmv . Anda boleh menggunakan aplikasi tambahan untuk menukar format video tersebut seperti aplikasi Any Video Converter. Setelah video dimasukkan, anda turut perlu klik pada video tersebut dan letakkannya pad bahagian video yang terleletak dibawah story board.

Langkah 5 : Jika anda perhatikan terdapat ruang kekosongan diantara gambar2 yang telah dimasukkan dalam storyboard. Anda dapat memasukkan kesan khas untuk pergerakan dari gambar ke gambar atau dari gambar ke video agar persembahan anda nanti kelihatan lebih menarik. Anda juga boleh menambah kesan kepada gambar yang dimasukkan dengan menekan pada Edit Movie dan klik pada view videos effect dan view videos transitions. Pilihlah mana2 kesan yang anda sukai.

Langkah 6 : Seterusnya ialah cara untuk anda memasukkan tajuk kepada persembahan anda iaitu memasukkan apa-apa perkataan diawal dan diakhir atau semasa persembahan movie maker anda dijalankan. Caranya ialah dengan menekan edit movie dan pilih make titles or credit dan pilih dibahagian mana yang ingin anda masukkan perkataan sama ada bahagian permulaan,semasa dan s diakhir persembahan anda. Setelah itu,masukkan perkataan yang diinginkan dan tekan butang Done.

Langkah 7 :  Setelah segala kaedah yang telah diterangkan dilakukan, seterusnya ialah bagaimana cara untuk menyimpan persembahan Windows movie maker anda. Klik pada Finish Movie dan pilih save to my computer dan anda pula akan dikehendaki memilih kualiti yang dinginkan. Setelah itu, tekan butang next dan hasil projek anda akan disave dalam masa beberapa minit yang bergantung kepada saiz projek yang anda telah buat.


Berikut merupakan tugasan MTE 3012 yang telah saya siapkan yang berkisahkan tempat tinggal kita. Bolehlah anda menyaksikan apa yang telah saya buat dengan menggunakan aplikasi Windows Movie Maker.Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat bersama.Copy link tersebut dan buka tu tab baru(new tab)...Semoga terhibur.Sekian Terima kasih.
https://drive.google.com/file/d/0B7ofzFCUMP1aT2tsYk1hSDBnRUU/view?usp=sharing










 

Friday, 27 November 2015

Assalamualaikum.Pada hari ini,saya ingin berkongsi dengan anda mengenai apa itu Audacity dan bagaimana untuk menggunakannya.
Pertama sekali, Audacity merupakan editor audio digital yang percuma yang dapat digunakan untuk membuat pelbagai pengeditan audio seperti membuat ringtone,mengedit lagu dan suara serta merakam suara.

Pertama sekali, anda perlulah menginstal Perisian Audacity dan Lame MP3. Caranya ialah melalui alamat website http://audacity.sourceforge.net. Setelah memuat turun,satu pop menu akan keluar untuk disimpan kemudian tekan OK. Pada paparan window akan keluar fail download. Klik Run. Ikut arahan seterusnya betul-betul sehingga tamat proses Installation.

Langkah 1: Bukan applikasi Audacity yang telah anda install tadi.:

Langkah 2 : Untuk memasukkan lagu, pergi ke menu file,pilih import dan klik pada Audio. Setelah itu, anda akan diminta untuk memilih lagu kegemaran untuk anda masukkan dan edit didalam applikasi tersebut. Pilih lagu dan klik ok.

Langkah 3 : Setelah lagu yang dipilih dimasukkan, bagi menambah kesan kepada lagu tersebut,Anda perlulah menetak Effect di bahagian atas applikasi tersebut. Bagi menghilangkan vocal pada sesuatu lagu contohnya,anda dikehendaki pilih menu EFFECT dibahagian atas dan klikpada Vocal Remover. Selepas ini anda akan dikehendaki memilih beberapa tetapan dan klik OK.


Langkah 4 : Setelah Vocal dari lagu tersebut dikeluarkan,maka jadilah lagu tersebut seperti minus one yang tiada vocal. Untuk memasukkan suara anda sebagai pengganti,klik pada butang record yang berbentuk bulat yang berwarna merah pekat dan mula rakam suara anda dengan menggunakan microfon sambil lagu yang tanpa suara terbabit dimainkan.

Langkah 5: Setelah selesai rakaman;bagi menyimpan rakaman tersebut,tekan file ,pilih save project as .Walaubagaimanapun,ia masih lagi bukan dalam format mp3.Untuk menukarnya kepada format mp3,tekan file dan pilih export audio dan pilih projek anda tadi untuk ditukarkan kepada mp3.Setelah itu,file anda akan bertukar kepada format mp3.

Berikut merupakan projek yang saya telah siapkan dimana saya telah merakamkan suara kedalam sebuah lagu nasyid...Soryy eh pasal suara yang out.hehehehe




Saturday, 31 October 2015

Assalamualaikum dam salam sejahtera buat anda semua.Pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai kaedah Penyuntingan Gambar menggunakan aplikasi GIMP 2.Pertama sekali anda perlu mendownload aplikasi ini

LANGKAH 1 : Pertamanya,untuk kita masukkan gambar,kita perlu klik pada FILE dan klik pada OPEN.Seterusnya pilihlah gambar yang anda inginkan mengikut kreativiti anda.


LANGKAH 2 : Apabila gambar telah kita masukkan,selepas itu klik pada ikon SCISSORS TOOL pada TOOLBOX .Klik dan anda perlulah tandakan pada kotak ANTIALIASING dan FEATHER EDGES.Seterusnya gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak anda guntinh secara berterusan dan menyeluruh.Setelah selesai,kita perlu tekan ENTER pada papan kekunci.Secara automatik imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih .

LANGKAH 3 : Langkah berikutnya,klik pada menu EDIT > COPY bagi menyalin imej yang telah dipilih.Seterusnya,klik pada menu FILE > NEW dan tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka.Setkan sain imej 500x440 dalam piksel.Pilih ikon bentuk LANDSCAPE supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang dan klik OK.

LANGKAH 4 : Bagi menampal imej yang telah disalin,kita perlulah menambah layar baharu.Kemudian klik pada menu  EDIT > PASTE.Sekiranya imej yang ditampalkan terlalu besar,imej ini boleh diubah saiznya menggunakan SCALE TOOL.Pilih SCALE TOOL pada TOOLBOX dan ubah saiz imej tersebut.Kemudian tekan butang SCALE.

LANGKAH 5 : Imej tadi boleh digerakkan menggunakan MOVE TOOL yang ada dalam TOOLBOX.Setelah selesai, klik pada menu FILE > SAVE AS > letakkan nama fail tersebut dgn nama yang bersesuaian dalam format .xcf.


LANGKAH 6 : Langkah beriktnya ialah cara untuk meletakkan latar belakang.Antata teknik yang dapat kita gunakan untuk meletakkan latar belakang ialah menggunakan BUCKET FILL,GRADIENT EFFECTS atau PATTERN FILL.Buka semula fail yang telah kita Save tadi dengan klik pada menu FAIL > OPEN dan pilih fail yang telah kita SAVE  tadi.Sebelum masukkan latar belakang,kita perlu menggunakan BUCKET FILL,GRADIENT EFFECT atau PATTERN FILL,pastikan LAYER BACKGROUND dipilih terlebih dahulu .Pilih BUCKET FILL TOOL dalam TOOLBOX tetapi kita perlu pastikan klik FG COLOR FILL pada FILL TYPE.Kemudian,klik FOREGROUND & BACKGROUND COLOR dalam TOOLBOX,tetingkap untuk memilih warna akan keluar dan pilih warna yang bersesuaian.Tuangkan warna pada latar belakang pada tetikap imej.

LANGKAH 7 : Langkah berikutnya,ialah kaedah untuk menggunakan teknik filter.Klik pada LAYER yang hendak dimasukkan kesan khas.Klik kanan pada imej,pilih FILTER > ARTISTIC > CARTOON.Kotak dialog bagi kesankhas CARTOON akan dipaparkan .Penanda pada MASK RADIUS dan PERCENT BLACK boleh diubah mengikut kesesuaian.Kemudian klik pada OK untuk mengaplikasikan kesan khas tersebut.


LANGKAH 8 : Gambar berikut menunjukkan hasil keseluruhan selepas tenkin kesan khas dilakukan pada imej yang dikehendaki.

LANGKAH 9 : Kita juga boleh memasukkan TEKS dengan menekan pada simbol A iaitu simbol teks.Setelah itu,anda akan memperoleh hasil yang lebih menarik.Akhir sekali,gunakan applikasi ini mengikut keseronokan dan kreativiti anda.Selamat Maju Jaya.

https://drive.google.com/file/d/0B7ofzFCUMP1aRlpCM3luMU9sNTg/view?usp=sharing
Assalamualaikum.Penulisan saya pada kali ini adalah mengenai bagaimana hendak menghubungkan Data Excel ke Word.

LANGKAH 1: Pertama sekali,anda perlu membuka aplikasi Word.Kemudian tentukan format laporan yang hendak digunakan.Sebagai contoh yang telah saya buat iaitu ANALISIS UMUR DAN BAYARAN PEKERJA DI KEBUN SAYUR ALMASYHUR.

LANGKAH 2: Untuk membuat analisis ini,anda perlu memilih menu INSERT kemudian cari simbol OBJECT.klik OBJECT,terdapat CREAT NEW dan CREATE FROM FILE.Pilih CREATE NEW kemudian SCROLL dan cari MICROSOFT OFFICE EXCEL 97-2003 WROKSHEET.Kemudian tekan butang OK.


LANGKAH 3: Jadual Excel akan terpapar dalam persekitaran WORD.Anda boleh menaip semua nama dan dan segala data-data dan nilai berkaitan umur dan bayaran pekerja untuk seminggu.Selepas siap anda mengisi semua maklumat berikut klik pada lembaran kerja anda.Jadula tentang kerja yang telah anda taip di Excel akan keluar dalam bentuk jadul di WORD.
j
 LANGKAH 4: Bagi membina Graf Bar,anda perlu membuka SHEET baru dan tekan INSERT dan pilih Chart.HIGHLIGHTkan data yang telah anda buat tadi dan jadikannya sebagai data graf.Selepas itu,klik pada lembaran kertas kerja anda.Graf bar tersedia sebagai rujukan dalam format WORD.

Jadilah lembaran analisis anda seperti apa yang telah sayan buat.
SEKIAN TERIMA KASIH



Wednesday, 28 October 2015

Tugasan excel Graf Bar

Assalamualaikum semua.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara saya sendiri untuk membuat GRAF BAR dengan mudah dan cepat.Berikut merupakan antara langkah2nya...

LANGKAH 1 : Buat jadual yang anda inginkan seperti:

LANGKAH 2 : Highlightkan keseluruhan jadual dan klik pada insert,pilih column dan pilih 2-D column.

LANGKAH 3 :Pilih graf yang bersesuaian dengan kehendak anda.Seterusnya,jika anda ingin mengubah graf anda,tekan SELECT DATA, dan tekan EDIT SERIES.Sebagai contohnya di series name saya meletakkan LELAKI dan pada  SERIES VALUE saya mengklik mouse pada kotak yang ingin sya ambil nilainya untuk membuat graf iaitu nilai bagi column lelaki.Selepas itu,langkah ini pula diulang pada bahagian PEREMPUAN.Malah ,anda juga boleh mengedit data pada HORIZONTAL AXIS LABEL dan masukkan apa2 yang anda inginkan sebagai contoh saya memasukkan guru subjek2.


LANGKAH 4 : Graf bar anda telah siap.Seterunya anda boleh cuba untuk mengubah graf anda menjadi graf2 lain seperti graf selinder dengan menekan CHANGE CHART TYPE.

SELAMAT MENCUBA.


Tugasan excel

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..SeLaMaT dAtAnG ke blog saya.Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai bagaimana cara untuk membuat contoh helaian markah dan menggunakan microsoft excel dengan betul.Microsoft yang disaran gunakan ialah Microsoft excel 2010.

 LANGKAH 1 : Buka aplikasi microsoft excel anda.Masukkan butiran seperti tajuk,bilangan,nama pelajar,markah dan gred.Bagi menjadikan tulisan anda contohnya tajuk berada ditengah-tengah jadual ,tekan mana2 kotak dan heretkan ke kotak yang anda mahu dan tekan MERGE & CENTER.


LANGKAH 2 : Masukkan nama2 pelajar,nilai2 dan butiran yang anda inginkan.Untuk mengelakkan kesalahan,(Validation),klik Menu Bar ,Klik Data dan klik pula data validation.Pada allow pilih whole number.Pada Data pilih less than or equal to dan taip 100 jika julat markah kita 0 hingga 100.Tekan  Ok.

LANGKAH 3 : Langkah berikutnya ialah untuk anda menanbah sejumlah data dengan menggunakan butang AutoSum. Klik pada butang yang anda ingin berlakunya AutoSum.Selepas itu,klik pada kotak nilai yang anda ingin tambah dan tekan dan tarik serentak hingga ke seluruh bahagian kotak yang ingin anda tambah jumlahnya.Jika anda ingin nilai tersebut di bahagi,anda perlu memasukkan simbol "/" dan jika anda ingin nilai tersebut didarab,tambah simbol"*" dan seterusnya tekan enter.

LANGKAH 4 : Bagi memudahkan kerja anda,untuk mengira juga nilai dibawah kotak yang telah anda AutoSum,anda perlu tekan pada kotak tersebut dan tekan tarik hingga kekotak yang diinginkan.Setelah itu, tekan enter.Secara automatik nilai pengiraan yang pertama anda turut berlaku kepada kotak-kotak lain.

LANGKAH 5 : Lakukan cara sama untuk mengira peratusan dari ujian yang dijalankan pelajar dengan cara yang sama tadi iaitu pengiraan untuk 20%,30% dan 50%.Anda cuma perlu menekan AutoSum dan pilih nilai-nilai yang ingin ditambah


 LANGKAH 6 : Bagi mengira jumlah pula,anda perlu menggunakan AutoSum dan masukkan bacaan bagi kotak(column) yang menunjukkan bacaan 20% Dari Ujian,30 Dari P.Pertengahan dan 50% Dari P.Akhir sebagai contohnya =sum(I5,L5,O5) dan tekan enter.Nilai bagi JUMLAH akan terpepar dan seterusnya tekan pada nilai tersebut dan tarik sehingga keColumn terakhir.


LANGKAH 7 : Berikut pula merupakan langkah untuk membuat helaian kerja Markah dan Gred.Bina helaian Gred.Pastikan nilai yang disusun bermula dari nilai kecil ke nilai yang lebih besar.Selepas itu,tekan butang Formulas,dan tekan insert function dan pada or selesct a category pilih Lookup & Reference.Pada kotak select a function pilih VLOOKUP.


LANGKAH 8 : Pada LOOKUP-VALUE,Klik pada kotak markah yang hendak diberi gred.Klik pada TABLE-ARRAY,pilih helaian GRED dan highlightkan pada sel B5:C15 iaitu pada jadual skala gred.Untuk menetapkan bahawa kita merujuk julat ini sahaja,anda perlu menambah simbol $ seperti B$5:C$15..Pada COL_INDEX_NUM anda perlu taipkan 2 iaitu bermakna ruang atau nilai yang hendak dikembalikan kepada lajur nanti contohnya "A".Pada RANGE_LOOKUP,taipkan TRUE. Seterusnya,anda perlu pilih dimana gred tersebut ingin diisi iaitu di helaian markah pelajar tadi.
Selamat mencuba diucapkan
"Sukar tidak bermakna Mustahil"
berikut adalah link TUGASAN EXCEL SAYA : https://drive.google.com/file/d/0B7ofzFCUMP1aeW1xOEtsb1BjekU/view?usp=sharing 

Friday, 23 October 2015

Cara Mudah Menggunakan Power Point.

Assalamualaikum,First jika anda diberi tugasan dengan menggunakan power point, jangan gelabah.Kaedah ini sangat mudah dan menarik.Berikut adalah Tugasan yang perlu saya lakukan bagi subjek MTE3012 - Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Arahan TUGASAN 3:
  1. Anda dikehendaki menyediakan persembanhan pembentangan bertemakan 'Ini Kisah Saya', minimum 10 slides, isi dengan latarbelakang, biodata dan kisah keluarga, Wajib diserta satu video, gambar, button arahan dan animasi teks grafik,
  2. Persembahan mesti mempuyai unsur media dan mesti diupload langkah-langkah penyediaan slide di blog

Langkah-langkah Penyediaan POWERPOINT.:

Langkah 1: Pertama sekali buka perisian Power Point tidak kiralah 2007,2010 atau 2013.Klik pada butang new slides beberapa kali sehingga slides anda menjadi sepuluh slides yang diperlukan

Langkah 2: Pilih design dan wallpaper slides anda dengan menekan butang design.Pilih corak bersesuaian agar slide anda kelihatan menarik.

Langkah 3: Langkah berikutnya ialah untuk mengaktifkan hyperlink anda. Pertamanya,pilih bentuk yang sesuai untuk anda gunakan sebagai pautan untuk ke slides yang berikutnya agar lebih menarik.Tekan butang shape dan pilih yang bersesuaian.

Langkah 4: Bagi mengaktifkan hyperlink anda,tekan pada bentuk pilihan anda dan klik pada kanan kesa anda.Pilih place in the document dan linkkan dengan slide pilihan anda.

Langkah 5: Seterusnya,masukkan teks yang anda ingin masukkan dalam setiap slide anda sebagai tajuk dan subtajuk.

Langkah 6: Berikut adalah cara untuk memasukkan gambar didalam slide anda.Tekan butang insert
pictures dan pilih gamba-gamba pilihan anda dalam file yang anda kehendaki.


Langkah 7: Langkah seterusnya ialah cara untuk memasukkan audio ke dalam slide anda.Tekan insert audio dan pilih lagu atau musik kegemaran anda didalam fail yang dikehendaki.


Langkah 8: Bagi  memasukkan video pula,anda hanya perlu menekan insert video dan masukkan video yang anda mahu.Namu harus diberi perhatian hanya format video yang tertentu seperti wmv sahaja yang disokong oleh power point.

Langkah 9: design untuk butang play, pause dan stop dalam persembahan video nanti. Tambahan lagi, anda boleh meletakkan pelbagai jenis bentuk dalam design yang anda mahukan untuk membeza setiap butang yang ditunjukkan.Selepas itu,cuba tekan EDIT TEXT dan type 'PLAY', 'PAUSE' dan 'STOP' dalam design berkenaan. Seterusnya, click pada video dan click pada ANIMATION. Click pada ANIMATION PANE  dan ADD ANIMATION dan pilih PLAY, PAUSE DAN STOP buttons.

 Langkah 10: Bagi menjadikan slide anda kelihatan menarik,anda boleh menekan butang Transition dan turut menekan Animation untuk menjadikan slide anda dapat melakukan pelbagai kesan khas yang menarik.

Akhir sekali diharapkan agar setiap langkah yang diterangkan dalam blog ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan bagi perisian persembahan Powerpoint anda supaya anda akan lebih kreatif dan yakin dalam pembentangan yang anda jalankan. Semoga anda memperoleh manfaat dari perkongsian ini.














Monday, 28 September 2015

Macam mana nak buat mail merge sijil-sijil bahagian 2....
 Tekan butang type a new list dibahagian atas sebelah kanan,dan pilih create...
 Masukkan entry-entry yang anda mahu,masukkan juga butiran-butiran entry anda...dan save kan data mail merge anda..
Selepas itu,pilih Next:write your latter...
then,pilih more item dan masukkannya di tempat yang ingin anda letak..
tekan next preview your letter dibahagian kanan bawah,Uji recepient anda..
Selepas itu tekan next:complete the merge dibahagian kanan bawah.Selepas itu tekan butang save .Pilih lokasi untuk anda simpan.Dan bila buka nanti,anda kene buka sekali dgan data mail merge  anda

Pilih data mail merge anda tadi dan tekan preview result di sebelah atas microsoft words anda..Selamat mencuba.zzzzzzz