Monday, 28 September 2015

LAPORAN BLOG 2

2.4 BLOG KEKELUARGAAN
Blog kekeluargaan pada kebiasaannya ditulis sama ada oleh lelaki atau  perempuan yang sudah berkahwin dan bekerjaya. Fokus utama penulisan blog ini adalah untuk memberikan perkongsian mengenai alam rumah tangga dan kekeluargaan kepada pembaca. Antara blog kekeluargaan yang aktif ialah http://my.bloggerati.me/portfolio/proudduck/  ini ditulis oleh seorang wanita berkerjaya yang telah berkahwin. Blog ini ditulis dalam bahasa ingeris dan menggunakan laras bahasa yang sederhana dan sedikit unsur-unsur komedi. Segala kisah hidup penulis dan ahli keluarganya diceritakan didalam blog ini. Penulis blog ini juga turut berkongsi rahsia sesebuah perkahwinan yang bahagia dan turut memberikan nasihat-nasihat berguna kepada indivudi yang ingin berkahwin pada usia muda.

Kelebihan        :           1.Blog ini dihiasi dengan gambar-gambar cantik penulis
                        :           2.Mesra pengguna
Kelemahan      :           1.Blog yang sedikit kusam kerana hanya berwarna putih
                                    2.Tidak mempunyai applikasi dan widget tambahan





            2.5 BLOG KEAGAMAAN
Pada zaman sekarang, ilmu keagamaan sangat mudah untuk disebarkan seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Blog juga merupakan salah satu medium yang terkini untuk sesuatu ilmu keagamaan dapat disampaikan. Para pembaca tidak perlu lagi membawa bahan bacaan yang tebal kemana sahaja, tetapi cukup hanya dengan melayari laman blog keagamaan yang diiktiraf oleh jabatan agama seperti JAKIM. Antara blog yang diiktiraf kesahihan ilmu agama islam yang disampaikan ialah blog www.ustaznoramin.com. Antara ilmu yang telah disampaikan didalam blog ini ialah mengenai solat jamak dan qasar. Penulisan blog ini banyak menerima respon positif dari pembaca yang ingin mengetahui tetang solat jamak dah qasar. Malah, terdapat juga isu lain yangg diutarakan dalam blog ini seperti puasa, zakat dan ibadah.


Kelebihan        :           1.Blog ini bercirikan islamik
                                    2.Kandungan blog disemak pihak bertauliah dalam agama
Kelemahan      :           1.Tiada applikasi dan widget menarik.

No comments:

Post a Comment