2.1 BLOG TEKNOLOGI DAN GADGET
Blog teknologi dan gadget merupakan sebuah blog yang sangat berguna dan
membantu kepada pengikut kepada kecanggihan teknologi semasa. Kebanyakan blog
ini membantu pembaca untuk memberi maklumat yang terkini mengenai teknologi dan
gadget. Salah satu daripada laman blog yang aktif dalam penyebaran maklumat
semasa mengenai teknologi dan gadget ialah http://technave.com/.
Blog ini dikendalikan oleh beberapa penulis aktif mengenai perkembangan
teknologi dan gadget di Malaysia. Terdapat pelbagai maklumat terbaru mengenai
gadget-gadget terkini seperti Tablet, Handphone dan Kamera. Pembaca blog ini
juga dapat membuat perbandingan harga antara setiap gadget dan harga semasa
gadget sentiasa dikemaskini mengikut pasaran Negara.
Kelebihan : 1.Harga
yang dituliskan didalam blog bersesuaian dengan harga pasaran
2.Persembahan
blog sangat menarik dan memudahkan pengguna
Kelemahan : 1.Blog
hanya berwarna putih dan oren yang sedikit membosankan
2.2
BLOG KECANTIKAN
Isu
kecantikan juga tidak dapat lari dari terkena tempias untuk dijadikan tajuk dan
perkongsian blog yang mampu menarik minat pembaca terutamanya golongan wanita. Malah
sudah semakin ramai anak remaja perempuan masa kini lebih gemar untuk melayari
blog-blog tertentu untuk mendapatkan isu-isu kecantikan dan produk kecantikan
yang terkini.Antara blog kecantikan yang mendapat perhatian ramai pembaca ialah
blog inibelogsaya.blogspot.com. Blog ini ditulis oleh
selebriti terkenal Malaysia iaitu Hanis Zalikha. Di dalam blog ini, beliau
banyak berkongsi dengan pembaca mengenai tip-tip kecantikan dan penjagaan wajah
dan badan. Malah, beliau turut berkongsi isu berkaitan beli-belah,masakan dan
fesyen. Gaya penulisan yang disampaikan juga sangat ringkas dan menyeronokkan
untuk dibaca.
Kelebihan : 1.Memaparkan
imej dan gambar-gambar yang menarik
2.Blog ini
lebih melambangkan imej feminine
Kelemahan : 1.Bahan
bacaan kebanyakannya hanya untuk wanita
2.Warna blog
tidak ceria iaitu hanya warna putih
2.3 BLOG KISAH HIDUP
Blog jenis ini banyak ditulis oleh
remaja masa kini. Blog merupakan salah satu medium untuk seseorang individu
berkongsi pengalaman hidup,kisah hidup dan luahan kata yang tidak terucap
dialam sebenar.Salah satu daripada blog jenis ini ialah blog desaturasipelangi.blogspot.com/2015_09_01_archive.....
Penulis merupakan remaja perempuan yang berumur 20 tahun. Beliau banyak
menggunakan blognya sebagai medium untuk berkongsi kisah hidup dan menceritakan
pelbagai perkara yang menarik yang berlaku kepada dirinya. Pemilihan perkataan
yang digunakannya amat berkesan kerana beliau menggunakan bahasa rojak dan
bersifat sedikit jenaka dan santai.
Kelebihan : 1.Perhiasan
dan imej-imej yang dipaparkan didalam blog menarik
2.Blog
yang mesra pengguna
Kelemahan : 1.Tidak
mempunyai widget menarik
No comments:
Post a Comment