PENGENALAN UMUM MENGENAI BLO
Blog
merupakan satu laman web yang kandungannya ditulis mengikut kronologi ataupun turutan
bagi sesuatu perkara.Blog disampaikan dalam pelbagai laras bahasa seperti laras
akademik,laras sains,laras social dan sebagainya. Blog merupakan perkataan
singkatan untuk Bahasa Inggeris iaitu web
log. Blog berfungsi sebagai satu laman web yang memberikan berita atau
maklumat mengenai sesuatu tajuk seperti hiburan,akademik,sukan dan sebagainya
yang diuruskan oleh sesebuah organisasi ataupun secara individu. Namun pada
masa kini blog lebih berperanan sebagai jurnal harian yang dimuat naik dalam
talian. Laman web ini boleh diakses oleh semua individu untuk mencari sesuatu
tajuk atau topik. Kebiasaannya sesuatu blog mempunyai elemen teks, gambar,
video, laman web, dan media lain berkaitan dengan tajuk.Sejak akhir-akhir
ini,pelbagai aplikasi atau widget dan gamba menarik dapat dimasukkan kedalam
sesuatu blog untuk menjadikannya lebih menarik dan dapat memberikan kepuasan
kepada pembaca.
Secara
umumnya blog digunakan untuk beberapa tujuan iaitu untuk mencari maklumat,menyampaikan
maklumat dan sebagai hiburan atau untuk mengisi masa lapang. Walaupun berbeza
tujuan, kedua-dua pihak tersebut perlulah memastikan kesahihan tentang maklumat
yang disebarkan dan diperolehi. Perkara ini disebabkan oleh,tiada pemantauan
yang khusus dilakukan kepada penulis-penulis blog. Setiap pemilik laman web
tersebut perlulah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu agar bahan
perkongsian mereka tidak menyinggung mana-mana individu mahupun masyarakat
Malaysia yang pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Blog juga membolehkan
pembaca setia sesuatu blog untuk terus mendapat maklumat terkini tentang blog
yang digemari dengan menekan follow.
No comments:
Post a Comment